Jitra Kedah
+6016 269 3839 | +6016 363 3805
sales.smartbioagro@gmail.com

BAJA ORGANIK BERBANDING BAJA KIMIA

Bio fertilizer

Penggunaan baja organik di Malaysia semakin hari semakin meningkat berikutan kesedaran peladang dan petani yang semakin sedar tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang lebih selamat dan selesa. Terdapat banyak persoalan yang timbul berkenaan dengan baja organic. Apakah itu baja organik? Dan apa yang baja organik mampu lakukan?

Di sini, kita akan menjawab persoalan-persoalan tersebut.
Baja organik adalah baja yang diperbuat daripada bahan organik samada secara keseluruhannya atau sebahagian dari unsur baja tersebut. Ini termasuklah najis binatang, rumpai laut, tulang binatang, tumbuhan yang mereput, sisa makanan dan bahan-bahan berkaitan. Secara ringkasnya, apa jua bahan semulajadi dan mereput pada akhirnya adalah dikategorikan sebagai organik.Kelebihan baja organik?

Baja organik mampu meningkatkan keupayaan tanah untuk menampung air dan nutrien dalam tanah dengan lebih cekap. Ia sangat berguna terutamanya kepada tanah berpasir yang mudah hilang nutrien dan tidak dapat menahan air semasa hujan lebat.
2..     Baja organic juga membentuk persekitaran yang bermanfaat dan habitat kepada cacing tanah dan hidupan mikrob yang bertindak menjadikan tanah lebih subur.
3.      Baja organik melepaskan  nutrien secara perlahan-lahan dan sistematik. Baja organik akan mengurai nutrien dalam tanah secara perlahan-lahan dan ini akan menjadikan tanaman menerima nutrien semulajadi yang menggalakkan kesuburan dan perkembangan tanah yang maksimum.
    . Justeru, baja organik juga tidak akan membakar atau memusnahkan tanaman.  Baja bukan organik, atau baja kimia yang digunakan secara berlebihan akan menyebabkan kemusnahan dan kerosakan terhadap tanaman tersebut. Ianya tidak akan berlaku kepada baja organik kerana  ia melepaskan nutrient kedalam tanah secara perlahan-lahan  dan tidak berlebihan.
5..      Baja organic sudah semestinya tidak mencemarkan air bawah tanah berbanding baja kimia yang mampu mencemarkan air bawah tanah.

Kekurangan baja organic1.       Baja organic memerlukan pengendalian yang agak remeh dimana aplikasi pembajaan menggunakan baja organic dikendalikan menggunakan tangan dan ini akan memakan masa yang agak lama.2.       Memerlukan kuantiti yang agak banyak kerana baja organic bertindak lebih lambat berbanding baja kimia. Selain itu, baja organic hendaklah digunakan lebih awal dan lebih kerap semasa fasa perkembangan supaya tanaman menerima nutrient yang diperlukan pada masa yang tepat.3.       Terdapat risiko terkena serangan pathogen. Baja organic yang diperbuat dari bangkai binatang yang mungkin membawa pathogen akan membahayakan manusia sekiranya ia tidak diurai dengan betul.

Oleh itu, terdapat kelebihan dan kekurangan baja organic. Namun, kita hendaklah kembali kepada fitrah semulajadi dan berusaha untuk menjaga persekitaran agar anak cucu kita akan menikmati persekitaran yang selesa dan hijau pada masa akan datang. Baja organic sangat digalakkan untuk mengekalkan kesuburan tanah yang jitu dan perkembangan tumbuhan yang lebih baik dan selamat. Selain itu, persepsi mengatakan bahawa baja organic tidak berkesan dan tidak berbaloi kepada tanaman hendaklah dihapuskan demi kemandirian alam sekitar yang lebih baik untuk generasi akan datang.