Jitra Kedah
+6016 269 3839 | +6016 363 3805
sales.smartbioagro@gmail.com

About Us

Bio fertilizer

Telah diasaskan oleh Muhammad Thaznim Bin Hamdan pada tahun 2016 dan syarikat ini terletak di Asun, Jitra, Kedah. Kepakaran kami adalah dalam menghasilkan dan mengedar bio-kompos baja untuk tujuam agrikultur. Keistimewaan yang terdapat pada baja kami adalah ia dibuat daripada sisa makanan yang terbuang dan telah diformulasikan bersesuaian dengan kehendak yang diperlukan oleh pokok. Kami sangat komited dalam melibatkan diri untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar dengan melaksanakan cara pembuatan baja yang selamat.

Baja organic Smart Bio Agro adalah produk formula yang terdiri daripada komuniti mikroorganisma yang bermanfaat kepada pokok dan tanah. Komuniti mikroorganisma ini telah dibiakkan melalui proses kompos sisa makanan atau fermentasi. Produk kami mempunyai rangkaian kebaikan untuk tanah pertanian yang akan memberi manfaat kepada tanaman.

Atas tindakan tanggungjawab terhadap pengurusan sisa makanan ini telah berjaya menyediakan nutrisi-nutrisi kembali semula kepada Bumi untuk kegunaan tanaman. Kami percaya produk baja organic ini dapat menaikkan kualiti tekstur tanih dengan membekalkan nutrisi-nutrisi penting yang diperlukan proses tumbesaran tanaman, sekaligus meningkatkan lagi produktiviti tanaman itu sendiri.

Kami telah bekerjasama dengan beberapa petani atau pengusaha lading dengan membekal baja organik kami bersesuaian dengan keperluan tanaman masing-masing. Produk baja kami telah digunakan dalam:

Padi

Anak pokok kelapa sawit

Pokok buah-buahan

Aktiviti-aktiviti dalam Smart Bio Agro Sdn. Bhd. telah dikendalikan mengikut bahagian yang berikut:

  • Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan

    – Bertanggungjawab dalam melakukan penyelidikan dan inovasi produk. Disamping itu, memastikan produk yang dihasilkan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

  • Bahagian Sumber Manusia, Pentadbiran dan Kewangan

    -Bertanggungjawab dalam menguruskan urusan-urusan pentandbiran, kewangan, akaun dan jual beli produk.
  • Bahagian Komersialisasi dan Perkhidmatan Teknikal

    – Bertanggungjawab dalam pembikinan produk dan mempromosi produk kepada pelanggan.

VISI
Memperkasa kestabilan alam semulajadi dengan penggunaan produk organic yang bermutu dan berdaya saing.

MISI

  • Mempergiat aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam produk organik.
  • Komited dalam menyediakan keperluan petani-petani yang mengamalkan konsep organic dengan mempelbagaikan servis-servis dalam sektor agrikultur.
  • Smart Bio Agro Sdn Bhd menjadi pilihan utama dalam industry pertanian.
Banner

Smart Bio Agro

Bio-Organic Fertilizer

Bio-fertilizer contains microorganisms which promote the suitable supply of nutrients

Contact info

“A balanced blend of organic fertilizer provides nutrient sources for important microorganisms and earthworms living in the soil.”

Jitra Kedah

Phone: +6016 269 3839

Email: sales.smartbioagro@gmail.com