Jitra Kedah
+6016 269 3839 | +6016 363 3805
sales.smartbioagro@gmail.com

Bio-Organic Fertilizer

Bio-fertilizer contains microorganisms which promote the suitable supply of nutrients

Welcome To Smart Bio Agro Sdn. Bhd.

Kepakaran kami adalah dalam menghasilkan dan mengedar bio-kompos baja untuk tujuam agrikultur. Keistimewaan yang terdapat pada baja kami adalah ia dibuat daripada sisa makanan yang terbuang dan telah diformulasikan bersesuaian dengan kehendak yang diperlukan oleh pokok. Kami sangat komited dalam melibatkan diri untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar dengan melaksanakan cara pembuatan baja yang selamat.

Baja organik Smart Bio Agro adalah produk formula yang terdiri daripada komuniti mikroorganisma yang bermanfaat kepada pokok dan tanah. Komuniti mikroorganisma ini telah dibiakkan melalui proses kompos sisa makanan atau fermentasi. Produk kami mempunyai rangkaian kebaikan untuk tanah pertanian yang akan memberi manfaat kepada tanaman.

OUR SERVICES

Memperbaiki struktur fizikal tanah

Humus yang terdapat dalam baja organik. Humus yang terhasil selepas bahan organik mereput dapat membaiki struktur tanah. Selain itu, humus dapat meningkatkan keupayaan tanah untuk memegang air di samping memegang nutrien untuk sedaia diserap oleh akar pokok. Tanah menjadi lebih mudah dikerjakan dan mempunyai pengudaraan yang lebih baik untuk akar pokok.

BAJA ORGANIK

Menjadikan sisa makanan sebagai baja organik antara petua menjadikan tanamannya tumbuh segar dan subur, malah tidak memerlukan kos yang tinggi untuk memastikan tanaman ‘menjadi’.

BAJA ORGANIK CECAIR

Setiap kali membuang sisa makanan, ramai tidak terfikir, ia sebenarnya boleh dikitar semula untuk menghasilkan baja organik.

BAJA ORGANIK PADA TUMBUHAN

Selain selamat terhadap alam sekitar, kita dapat menjimatkan kos untuk membeli baja. Daripada membeli baja organik yang agak mahal, apa kata kita gunakan sisa dapur saja sebagai baja

Unsur lengkap

Baja organik mempunyai unsur tersedia yang diperlukan oleh tumbuhan. Unsur ini walaupun tidaklah banyak tetapi boleh terus diserap oleh tumbuhan.

Meningkatkan kualiti tanah tanaman

Kualiti tanah yang baik dapat membantu pengguna memperoleh hasil yang meningkat dan memberi kesuburan tanah pada kawasan tanaman.

Pelepasan unsur perlahan-lahan

Pelepasan unsur secara perlahan-lahan. Contohnya kompos melepaskan unsurnya perlahan-lahan untuk diserap oleh akar pokok. Pokok sama juga seperti manusia ada hadnya untuk mengambil nutrien sehari.

Produk Keluaran SBA

BioRice

Baja padi organik menggunakan 100% bahan organik tempatan dan mikroorganisma.

BioFat

Baja kelapa sawit yang menggunakan 80% organik dan 20% bahan kimia yang dibantu oleh mikroorganisma untuk penghasilan yang baik.

BioBloom

Baja bunga organik yang dirumus khas untuk percanggahan bunga.

20191113_122801
BIORICE - Baja Organik Fasa 1

– Membantu mengurai tanah menggunakan microrganisma

– Meningkatkan pH tanah

– Memberi perlindungan awal pada tanaman padi

20191113_122809

BIORICE - Baja Organik Fasa 2

– Menguatkan batang pokok padi

– Memberi perlindungan kepada pokok padi

– Membantu merangsangkan pegeluaran akar

20191113_122819

BIORICE - Baja Organik Fasa 3

– Memberi nutrient NPK yang secukupnya kepada padi

– Merangsangkan percanggahan padi

– Memberi perlindungan daripada binatang perosak

20191113_122827

BIORICE - Baja Organik Fasa 4

– Memberatkan buah padi

– Memberi daya tahan kepada pokok padi dari serangan binatang perosak

– Meningkatkan hasil padi (Booster)

BIOFAT - Baja Kelapa Sawit

BioFat merupakan baja yang diuji selama 2 tahun oleh SBA dalam membentuk produk yang membantu pengeluaran dan hasil kelapa sawit disamping menggurangkan kos pengguna.

Banner

BIORICE
Baja Padi Organik

Baja Rice merupakan rumusan 100% organik buatan Malaysia yang direka dan diuji selama 1 tahun. Mengandungi mikroorganisma yang membantu pengeluaran hasil, pengawalan dan meningkatkan kualiti tanah. Bio Rice dapat membantu pengguna mengurangkan penggunaan bahan kimia dan racun.

Kebaikan Baja Organik Baja organik memberi kesan baik kepada tanaman dan juga tanah. Tanah yang baik akan menghasilkan tumbuhan yang subur. Pemberian baja organik yang seimbang mampu memberi sumber nutrien penting kepada mikroorganisma dan cacing yang tinggal di dalam tanah.

macbook2.png

Testimoni

Categories